Ini adalah dari lapuran Polis/This is from Police Report
Laporan polis terhadap Badan Pengurusan Bersama Avenue Court (AC1) atau JMB Avenue Court Apartments, No7, Jln Tmn Sri Sentosa, Tmn Sri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur.
Saya pernah mengadu secara perbualan kepada Pn Ho Keng Meng, Ahli Jawatan Kuasa JMB mengenai usrusan Avenue Court. Beliau memberi alasan yang dia di tugaskan menjaga kebersihan sahaja dan segala aduan yang lain adalah secara rasmi melalui e mel kepada JMB Avenue Court.
Pada 11hb Mei 2011, saya telah menghantar e mel kepada semua ahli jawatan kuasa JMB meminta penjelasan adakah mereka berhak menutup kemudahan siap sedia bilik mandi kolam renang hak kegunaan penduduk . Dan pada 22hb Mei 2011 saya telah menghantar e mel kepada Pengurusi JMB En. Krishnakumar bahawa JMB masih tidak membalas e mel saya. Setakat hari ini JMB masih belum memberi jawapan secara rasmi.
Saya pernah mengadu secara perbualan kepada Setiausaha JMB En Letcumana bahawa Kontraktor Security yang lama menggunakan orang asing yang tidak fasih Berbahasa Malaysia dan Inggeris dan kemungkinan ada yang tiada permit kerja. Beliau berkata itu adalah tanggungjawab kontraktor Security dan bukan urusan JMB Avenue Court.
Pada 15hb Mei 2011 saya menghantar emel kepada Setiausaha JMB, En Letchumana untuk mendapatkan penjelasan secara rasmi adakah JMB Avenue Court bertanggungjawap memastikan kontraktor Security supaya guard yang sesuai bertugas di sini dan bukan kontraktor bolih membuat sesuka hati. Setakat hari ini beliau masih belum membalas e mel saya.
Ahli Ahli Jawatan Kuasa
Chairman – Krishnakumar a/l Ragavan
Secretary – Letchumana a/l S.Nadarajah
Treasurer – Danny Yap Khai Weng
Committee member – Ho Keng Meng
Committee member – Yap Bee Leng
Committee member – E.R Mani Segaran
Committee member – Jamuna Naidu a/p Damodaran
Sekian laporan saya.